Friday 28 September 2012

Pewarnaan Gram (Gram Staining)



PEWARNAAN GRAM 

TUJUAN

  1. Pewarnaan gram adalah tatacara pewarnaan utama dalam bidang Bakteriologi.
  2. Membolehkan bakteria dilihat dengan lebih jelas (mudah).
  3. Digunakan untuk mengklasifikasikan bakteria.
  4. Dapat memperjelaskan saiz dan bentuk mikrob.
  5. Memperlihatkan struktur dalam bakteria. 
  6. Menghasilkan sifat fizik dan kimia khas dari bakteria dengan zat warna.



BAHAN DAN PERALATAN


  1. Gelung Dawai
  2. Piring Petri
  3. Penunu Bunsen
  4. Mikroskop Cahaya
  5. Slaid Mikroskop
  6. Pipet
  7. Tisu 
  8.  Kultur Bakteria
  9. Larutan Kristal Ungu
  10. Larutan Iodin
  11. Larutan Alkohol
  12. Larutan Safranin
  13. Air suling



PROSEDUR
  1. Dalam prosedur pewarnaan gram, bahan dan peralatan yang lengkap haruslah disediakan. Semua peralatan yang digunakan dalam proses ini mestilah dalam keadaan steril.
  2. Pertama sekali, gelung dawai digunakan untuk mengambil sampel kultur bakteria dan diletakkan di atas slaid mikroskop (kaca slaid).
  3. Kemudian, menggunakan pipet untuk menitiskan larutan kristal ungu ke atas bakteria dan tunggu selama satu minit.
  4. Setelah satu minit berlalu, cuci dengan air suling dan buang semua larutan dan cecair yang berada di atas slaid mikroskop tersebut.
  5. Kemudian, titiskan pula larutan iodin ke atas prosedur. Tunggu sehingga satu minit dan setelah itu buangkan.
  6. Selepas itu, pegang slaid mikroskop di dalam singki secara condong dan titiskan larutan alkohol dengan cepat sehingga hilang warna biru (kristal ungu) selama 30 saat.
  7. Segera cuci prosedur dengan air suling dan titiskan pula dengan larutan safranin selama 30 saat.
  8. Setelah selesai, cuci slaid mikroskop tersebut dengan menggunakan air suling. Keringkan dengan tisu tanpa menggosok permukaan slaid mikroskop.


 
 

1.1 Bakteria Gram Negatif

1.2 Bakteria Gram Positif

 


























Sekian,
Rizal harap dapat membantu anda.








Thursday 27 September 2012

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan. Firstly nak ucap terima kasih kerana melawat blogger Rizal. Rizal akan memasukkan segala pembelajaran setiap semestar di dalam blogger ini. Harapan dapat membantu kepada sesiapa yang memerlukan pengetahuan tambahan lagi kita berada di bidang sains ini.